Thursday, October 12, 2017

Belajar Gaya Salafus Soleh

Nukilan: Ukhti Najah Solihah :)




Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.



3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.


Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

How to achieve your dreams ?!

1) Choose your definite goal

⇾ short term goals (5 years)
⇾ long term goals (10 years)

2) Placed all your energy, all your will power, all  your effort, everything back of that goal

3) Do something every day to make you step forward to cherish your goals. ~everyday okay !!

Sakit itu penghapus dosa, In Shaa Allah

Selalu aja demam , emm antibodi lemah agaknya,
Sakit betul tekak ni,
Hmmm.
Rasa macam tekak dihiris aja,
Sebab rasa macam sedang luka sekarang ,
Hmmm,
Tangan juga lenguh,
Barangkali terilap position tidur ni ,

Tidak tahu mahu tulis apa lagi , nak baca buku punn tak larat
Terpaksa view di dropbox aja.

"SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA"

Wednesday, October 11, 2017

Congrats pt3 2017

Congrats guys - dah habis ye PT3 ,
Haa dengar cerita dah ade nak fly ke JB petang ni ,
Okay lha , i tak halang u olls ,
But ingat result belum keluar,
Time ni laa nak berdoa dipermudahkan urusan ,
Semoga Allah lembutkan hati pemeriksa kertas kalian,
Gred jatuh _
(hahahha i just kidding ,
Tapi ni ar antara doa aku dulu , sebab aku rasa exam sejarah SPM 2015 aku susah ,)

Hehehehe , dont tell others k :)

Okaylha , for my little sister , jage diri after exam jugak k , bukan sebelum exam je kena jage diri ,

Tata guys , nak layan movie nut job jap ,

Tips Untuk cemerlang SPM 2017

Haa , dah tengok jadual ? Belum ?
Download kat KPM sekarang , untuk kemudahan korang k ,
Plan sekarang ,

"Orang yang gagal merancang , adalah orang yang merancang untuk gagal"

Tahu bila anda exam , tarikh , waktu ,
Untuk exam petang ,
Jangan minum air berkabonat @ air gas and makan nasi @ berkarbohidrat ,
Elakkan , kalau tak terlena la petang tu ,

Setiap gap / hari tak exam - plan sebaik mungkin , apa nak di study ,
Apa nak dibuat , pastikan waktu digunakan untuk study subjek akan datang

And In Shaa Allah akan berjaya -

Simple step , but people jarang boleh buat , time gap laa nak rehat , konon tension sangat ,
Banyak lagi ujian time gap , jangan tergoda k,

Apa yang berlalu biarkan berlalu _

Dulu ~_~ Sekarang -_-








2011-2015
all pic make me laugh ~

this is 2016










2017--

semua ini bakal pergi meninggalkan kenangan,
this selfie semua bulan satu setiap kali nak gi redmart :')


REZEKI apabila memberi makan kepada kucing

Assalamualaikum .

title kucing ini, okay macam ini cerita dia.
ada kucing selalu main kat belakang rumah aku,
aku bagi kucing ni makan ,
then aku cakap,
Ya Allah , kalau dengan memberi makan kepada kucing , akan memberi rezeki kepada ku,
maka kurniakan aku rezeki .
Alhamdulillah , aku dapat dua interview pada 29.09 dan 10.10 .
Semua itu berlaku dengan kehendak-Nya guys..

ni bukan first lha , second
dulu aku ada bela kucing , her name is CICI ,
my first kucing , a week after that,
cikgu panggil, ada hamba Allah sedekah RM500.
so aku minta parents jangan buang kucing tu,
dan dia membesar sehingga mengurniakan aku tiga anak saudara ,
Alvin , Simon , Theodore ,
Dia kucing yang paling mendengar kata tau , i miss her (aku tahu kena guna it , tapi aku nak pressure yang cici ni perempuan, hahaha)

aku tak tipu , ini kisah benar aku , bukan orang lain.

so , from now, beri lah rezeki kepada kucing , dia bukan nak semua ikan dalam peti, seekor pun jadi.
tak miskin pun kita.

My Dear Mama

mama _ thats only name that i knew since i worked at Red Mart , she was too kind at me,
always cook for me, actually i love her dessert , not simply love , love it damn much,
so mama bekerja di warung kecil milik kakak nya yg dikenali mak . mama ni antara customer yg aku still contact , and customer paling rapat yg faham masalah aku, dengar rintihan aku, aku baru kenal few months , but she was too kind , bebelan die, semua tentang dia , emm dah lama tak jumpa mama , ingat an jumaat ni nak singgah kat mama ~ melepak dulu sebelum kerja , aku an kalau dia pegang tangan aku , mesti sebak gile , ta tahu pehal doe , pernah sekali , aku salam dengan die time raya, dush , menangis , rasa kasih sayang mengalir , caring seorang ibu :)
everytime tanye "adek dah makan?barang mama , nak bayar kat adek taknak bayar kat kak aini"  then bertekak dengan lah dengan kak aini, then gelak mama akan memenuhi redmart , thats what me love her, yeah  ! mama suka bergurau , everyone know that :) dan nasihat mama selalu padu , hahaha
thanks mama , selalu dengan adek till now ~

Tuesday, October 10, 2017

Kejayaan Tidak Pernah Datang Bergolek

Semalam telah bermulanya exam PT3,
Aku doakan adik aku berjaya dengan cemerlangnya dalam Pt3,
Not just for her , her friends and for all candidates -
in Shaa Allah .

first jangan fikir apa yang dah lepas,
go on dengan paper lain
orang cakap susah ke, kena repeat ke, forget it,
kau ada A lain yang kau boleh capai -
lebih baik hilang satu A , daripada tak dapat semua A .

"yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran"

tips macam mana nak hadapi exam esok dengan tenang .
tips jawab exam dengan tenang .

okay harini kau exam BM .
esok exam Sains kan?

habis je BM ,

"harini aku tak dapat buat yang terbaik, esok aku kena dapat A"

automatik mind set kita akan buat yang terbaik untuk sains esok, everyday, said like that.

aku dulu,

"harini dah tak A, esok  aku akan dapat A"

guess what ?

aku dapat 8A dalam PMR ,

mind setting sangat penting untuk menggerakkan body kita 😋😋😛

percayalah

good luck beybeh :)

still kena berdoa tau , semua nya dengan ketentuan Allah 💗

Temuduga Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19

Alhamdulillah , pagi tadi terima mesej , panggilan temuduga pada November ini, di Menara Ansar jugak .

Heee 😆

Alhamdulillah semalam telah selesai Pembantu Akauntan N19
Dan Hari ini Allah datangkan rezeki lagi ,
In Shaa Allah aku akan buat yang terbaik untuk masa depan aku.
Pray for me guys.

Monday, October 9, 2017

Soalan Temuduga Pembantu Akauntan Gred W19 ~

Perkenalkan diri ~ (nama , family . study , achievement, pengalaman kerja)

Detail pasal family -

Isu semasa terkini-

kenapa anda layak -

apa kelebihan anda -

mana dapat info ini-

visi janm_

asas perakaunan sekarang -

bagi satu aset semasa-

kenapa ta sambung study -

sanggup ke sabah atau sarawak tak -

masalah - diberi duit macam mana nak buat? -Rasuah-
pertimbangkan kenapa memilih syarikat tersebut - bukan kerana duit -

itu sahaja - kami doakan anda berjaya :)

sebulan - jika berjaya terima surat ,

jika dalam tempoh tiga bulan tidak dipanggil , anda gagal





still think , i was very bad in this interview . and maybe still fail . hmm


Thursday, October 5, 2017

Asas Perakaunan Malaysia 2017

ekoran terlalu buntu ,
2015 ( melaksanakan asas akruan)
tp asas perakaunan negara : berasaskan perakaunan tunai ubah suai
aku berhempas pulak cari laman web @ group untuk aku berhubung dengan salah seorang ,
Alhamdulillah Puan Mazita Abas reply chat dan menjelaskan kekeliruan.
terima kasih Puan, semoga di murahkan rezeki ke atas Puan Sekeluarga
Aamiin

Preparation Interview Pembantu Akauntan W19 ~

aku dapat sms untuk interview on 29/09/2017~
kalau dapat jawatan ini, this is the best present of my birthday that was sent from above !

dalam keadaan demam dan tersedu sedan aku gagah kan diri dalam mencari maklumat as hanya seminggu masa diberikan ~

interview aku on 9/10 ~

aku memang nak sangat kerja kerajaan sebab peluang aku sambung belajar lebih terbuka .
then aku akan menimba banyak sangat ilmu di sini sebab sentiasa ada seminar , bengkel , pepeeriksaan kursus dan sebagainya untuk golongan kakitangan awam. kelebihan ini yang tiada pada sektor swasta membuatkan aku memilih untuk bekerja sebagai penjawat awam. then, of course sebab nak banggakan parents and buktikan dekat parents yang aku mampu berjaya dalam bidang perakaunan ! Then peluang kenaikan pangkat ! sebab ini akan menjadi dorongan dan motivasi kepada aku untuk sentiasa do the besst in this career

🌝🌝🌝🌝🌝🌝

please pray for me untuk dapat segala kesuksesan ini :)

sebab menuju kerjaya perakaunan memang minat aku since secondary school~

dan menjadi akauntan bertauliah adalah cita -cita yg tidak pernah luntur 

demam masih mampu menaip sebab ~ menyelangkan aktiviti study aku ni

for others yg dapat interview ini jugak , good luck

Wednesday, October 4, 2017

Why I Love To Go To A Lot Of Interview ~

Gain Knowledge !
Gain New Experience !
Improve my communication skills !
Become a brave person !

" Dah kerja still pergi interiew, untuk apa? buang masa je. ?"

inilah orang cakap , kumpul pengalaman , pengalaman mematangkan kita "

Mane tahu kut sangkut dengan any job yang bantu aku gain experience untuk jadi akauntan,

as long as we do what we love, we will happy -

ngeh ngeh !

bagi aku exerience sangat penting !!

takdelah , aku bagi experience aku kat SMK harian biasa, sometimes bising , but sebab aku minat accounting , kekalkan diri kat sekolah tu dengan tabah (kelentong ! sebulan pertama menangis  . as orang ejek ustazah pilihan lah, kena buang sekolah lah, penat cakap yg aku pindah sebab nak pure account , buat aku rasa nak balik AiZek, menyesal pun ada time tu)

tapi sejak meningkat dewasa, aku bersyukur sebab banyak benda aku boleh kat situ,

tutor math adalah salah satu benda yang paling best .... aku pilih mengajar kelas last sebab ..
aku kesian kan depa,, selalu tersisih ,, even dieorang lah selalu ngejek aku awal2 masuk..  but now they dah jadi friends aku,, so It's better face everything hard to smile later.

Sesungguhnya  Allah datangkan kemudahan setelah kesulitan

walaupun di kyp only 5 months, tapi aku dapat cara nak berjaya kat IPT as aku ni selalu bercommunicate to solve problem together, till now still contact mereka kat sana , and berbincang abt their problem and try solve together eventhough aku tak face ! - Problem Solving- juga salah satu benda yang aku minat sebab nak perah otak untuk fikir jalan penyelesaian.
tengok mistake kenapa depa fail , then i write macam mana nak berjaya kat IPT , some of sebab mistakes aku kat sana juga, akuu jadikan pengajaran ..

KEEP MOTIVATION itu penting !


So , apa yang aku boleh conclude kat sini , Experience sgt penting as zaman sekarang nak kerja , dia nak experience hang !

experience orang pula bantu hang untuk hang tak ulang kesilapan sama !

persediaan untuk temuduga

sedikit sebanyak, kali ini aku lebih improve untuk dapatkan ilmu aku dalam pembantu akauntan W19, aku harap aku akan berjaya kerja dalam sektor kerajaan , as sektor ini paling cerah untuk sambung pelajaran and menjamin masa depan aku. mana tahu kut2 10 years nanti tercapai cita cita aku nak jadi Akauntah Bertauliah tercapai , In Shaa Allah,

Friday, September 29, 2017

Temuduga Kerajaan ~

Ni interview aku last year, malas nak describe sebab this is my first time interview for any job.
*LACK OF EXPERIENCE AND KNOWLEDGE*

then aku dapat interview as Pembantu Tadbir Kewangan at MPJBT,
and of course after Ujian Lisan,
That time aku dapat 71.7 kut.
The highest but fail.
mau tak nya, tekedu first time interview by group,
A group ada lima orang candidates.
Yang ini aku tak join sebab , ketinggian aku 146 ! Dia nak 155 ~

THIS is for my present ,
10 days to go
i really need a work that can improve my skills and knowledge!
God Help Me
Semoga dipermudahkan segala urusan, Aamiin



Sunday, September 24, 2017

Shine in my menthol

ini idea part time aku, it just for suka2 untuk improve aku punya management in business.
well even sekecil-kecil,ia tetap ada kebaikan @ ilmu untuk kita.

begitu juga sekecil - kecil zarah kebaikan @ kejahatan, ia diambil kira untuk Hari Perhitungan Amalan kita nanti

kek
roti ( Roti Pizza on Sunday ! macam best jew . )
muffin
cupcakes ( ini pun fav aku -huhu-)
chocolate (yummy)
dadih
aiskrim (aiskrim malaysia or another ice cream - doublelicious )

this is my simple idea for my business
because i lack of time for busying with my full time job

Chocolate Lollipop :")

so this  is my part time at home . making some Chocolate Lollipop ! Yeay !

This is some from google !
haa macam ni lah ! 
aku buat business ni sebab aku suka coklat .
sometimes our talents , our interest can be our job right.
so aku grab this opportunity !

Monday, September 18, 2017

Take Time to think WHAT IS OUR MISTAKES?

salah siapa bila 7 remaja bakar tahfiz? 

okay guys. Listen.

teenagers are too hard to handle.
out of our mind, the person who are cause the fire are 7 teenagers !
 EVEN THEY ARE NOT OUR SIBLINGS, COUSIN BUT THEY'RE PEOPLE LIKE US?
What is our mistakes? don't ask what is others mistakes.
something happen, sometimes because of our mistakes.
we not prevent "ejek - mengejek"

we are not close and do not recognize them


sebab kita tak rapat dengan mereka bermasalah , tidak cuba mengetahui masalah mereka !
tak kisah siapa pun kita !
parents ! teacher ! siblings ! semua main peranan

parents taknak cikgu disiplin marah anak mereka and so on.. 
* I HANTAR ANAK BUKAN UNTUK DIPUKUL*

teacher , dah tahu pelajar ad masalah, tak cuba untuk settlekan , bina hubungan baik, bukan sisih mereka 
*LANTAK KAU LAH NK JADI APA*

siblings , terlalu sibuk dengan kawan lupa nak rapat dengn keluarga sendiri , discuss masalah depa, bukan duk penting diri hang je !
*KAU DH BESAQ , PANDAI2 LAH NAK HIDUP* 

GUYS ! PREVENT , SEBELUM BNYAK LAGI ANAK MUDA ROSAK SEBAB SILAP KITA SENDIRI.

Friday, September 15, 2017

Kebakaran Tahfiz 14.09

Allahu,
setiap kali tengok video mereka, hiba sangat,
kalau memang ada unsur khianat,
biarlah mereka dapat setimpal,
jeritan mereka jelas sangat
tak tahu lah macam mana kalau depan2
takziah buat keluarga mangsa.

tidak boleh diulas lebih panjang .
biar pihak bertanggungjawab melakukan tugas mereka.

Al Fatihah.