Sunday, November 5, 2017

TN50

~coretan ini , coretan dari seorang remaja kepada remaja

TN50 (TRANSFORMASI NASIONAL 205O)
The Future Is Now ~
Ia dilancarkan oleh PM kita Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah bertujuan sebagai perancangan menuju negara maju 20 teratas dalam dunia ~

Okay, sokong atau tidak ! That’s not the point ,

Kebaikan disini, Manusia yg gagal merancang adalah manusia yg merancang utk gagal. Dengan perancangan PM kita, kita selangkah berada di laluan orang yg berjaya.

Bagi aku, TN50 ini bagus sebab mementingkan minat belia, social media as zaman sekarang belia terlalu taksub dengan social media. Jadi dengan memberi perhatian terhadap media social, kerajaan selangkah mendekati dan memahami belia.

Contoh usaha mendekati belia, lumba motor secara haram sangat hebat pada hujung minggu. Tak Berjaya dihalang ~ kerana generasi Y ni rasa dia saje yg betul. Haa ! Jadi MB cakap, mainlah motor, MB sediakan trek sekali dengan tempat solat? Tak silap,diadakan tempat solat bergerak, Azan berkumandang ,automatic ade few yang terdetik nak pergi solat. Okay di sini balance duniawi dan ukhrawi kan?
Ni ucapan MB Terengganu masa 2015, that time bubu lalat masih form 5, taklimat kepada pelajar apa entah di Pejabat ape ek ~ lupa.

Kalau layan movie Hantu Kapcai, ayah Remy Ishak pun ada cakap “nak lumba, kami sponsor” ye la daripada buat benda haram, baik jadikan benda tu halal kan?

Kita kena jaga remaja @belia sekarang sebab dalam Quran pun ada cakap, nak tengok generasi akan datang , lihat remaja sekarang. Kalua tung tang sekarang, em jadi parents nanti ? so, sangat penting jaga belia sekarang.

Twitter terutamanya akan digunakan untuk menggalakkan perbualan mengenai topik-topik tertentu dan mengumpul pemikiran dan pendapat ringkas Twitter 

Facebook akan digunakan untuk pemasaran kandungan seperti artikel, video, lencana digital dan poster, dan juga untuk melibatkan pertandingan.  Facebook

Penggunaan Instagram adalah untuk mengumpul pandangan di seluruh Malaysia yang berkaitan dengan warisan, inovasi, dan masyarakat. Pengguna boleh memuat naik gambar tempat-tempat, kejadian atau teknologi yang unik kepada Malaysia, yang mereka menikmati dan ingin lihat dikekalkan sehingga masa akan datang. 

YouTube boleh menampilkan beberapa klip video yang berbeza antaranya berkaitan potensi masa depan Malaysia., Dan juga klip wawancara dengan belia Malaysia tentang keinginan mereke pada masa hadapan 

Laman web ini akan bertindak sebagai hab utama untuk semua kandungan digital, dan juga titik utama pengumpulan data melalui kaji selidik, mengundi, dan input pengguna

Media Sosial akan digunakan secara meluas untuk mendekati anak muda yang tidak mengikuti media arus perdana

Okay sekarang?
TN50 bakal menggarap visi anak muda Malaysia berumur 15 – 40 tahun untuk 3 dekad sehingga tahun 2050

Mula mencipta visi untuk diri sendiri sekarang dan sebenarnya anda membantu visi TN50 sebab.. of course visi kerajaan selaras dengan kalian guys !

MAJULAH  SUKAN  UNTUK  NEGARA !
BHAHAHAHAHA 
MAJU REMAJA, MAJULAH NEGARA !

Jom guys ~ jom majukan diri sendiri ~


For those yang tak suka kerajaan, membangkang, so apa salahnya kali ini, untuk kebaikan kita bersama~ kita tetap remaja walau fahaman politik berbeza ? kan kan kan . visi kita sama kan ? Nak Majukan Malaysia, Nak Majukan Diri, Nak Majukan Family ~ Fikir fikirkan yee J

No comments:

Post a Comment

Do Leave Yr Comment :)